QLS Enterprise adalah sebuah kedai dobi yang telah didaftarkan secara rasmi pada 15 Januari 2016 dan merupakan perniagaan milikan tunggal milik Bumiputera. Adalah menjadi hasrat peniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputera menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan kedai dobi seperti cucian kering dan cucian basah, cucian karpet, cucian kusyen kenderaan, menggosok dan melipat pakaian. Penawaran perkhidmatan ini khususnya ditujukan pada pelanggan yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk menguruskan aktiviti dobi di rumah dan tumpuan pada hotel atau rumah tumpangan yang menggunakan perkhidmatan dobi.
Dobi QLS juga telah membuka dua cawangan baru di sekitar Langkawi iaitu di Pantai Cenang dan Kilim dalam tempoh lima tahun. Ini membuktikan bahawa Dobi QLS telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dobi ini. Kedai dobi ini terletak di tempat yang strategik iaitu di kawasan perumahan dan deretan kedai. Selain itu, premis dobi ini mempunyai ruang letak kereta yang baik bagi memudahkan pelanggan keluar dan masuk dari premis dobi. Kedudukan kedai yang berada di tempat tumpuan orang ramai dan berada berdekatan kawasan perumahan serta kemudahan perkhidmatan yang disediakan menjadikan kedai dobi ini maju dan mampu meningkatkan keuntungannya.