Aquanano by Syuib

Aquanano by Syuib (PROMO)



TENTANG QLS


PENGENALAN

Qiqi Laundry Services diusahakan 100% oleh bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat QLS  Enterprise yang menjalankan kegiatan dan perkhidmatan membersihkan pakaian & fabrik serta mempunyai pengalaman selama lebih lima (5) tahun dalam bidang ini.
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman dalam perkhidmatan dobi dan pencucian, syarikat mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan dalaman untuk pelanggan demi meningkatkan tahap kebersihan pakaian, rumah dan pejabat dalam kehidupan seharian.
Aktiviti perniagaan kami ialah menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar pakaian dan fabrik (secara percuma), dobi cucian kering (Dry Cleaning) dan cucian basah, menggosok dan melipat pakaian. Untuk tujuan memajukan dan memperluaskan pemasaran dobi, syarikat kami telah menyediakan sebuah profil syarikat bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai syarikat kami kepada pelanggan dan masyarakat sekitar Langkawi khususnya.
Semangat berkerjasama di antara satu sama lain menjadi nadi seluruh anggota organisasi demi mencapai kepuasan pelanggan dan secara tidak langsung ke arah pencapaian matlamat syarikat. Antara faktor yang membawa ke arah kejayaan ialah kepuasan pelanggan, ketepatan masa, kesederhanaan harga, kerjasama antara pekerja dan mesra pelanggan.

OBJEKTIF

v  Memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dengan memenuhi kehendak pelanggan.
v  Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.

v  Memastikan semua pekerja terlatih dan mampu untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

v  Konsisten dalam menangani masalah basuhan dan pembelian bekalan agar penghantaran pakaian dan fabrik dapat disalurkan kepada pelanggan dengan segera.

v  Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

v  Kepuasan pelanggan adalah jaminan kami.

MISI 

“ Untuk menjalankan kerja-kerja perkhidmatan dobi yang berkualiti, berinovasi tinggi, berprestasi cemerlang, bersesuaian dan sedia untuk perkhidmatan pada harga yang berpatutan”. 

VISI 

“Perkhidmatan dobi yang terunggul serta memenuhi kehendak pelanggan”  


CARTA ORGANISASI